SILSILAH SHOLAWAT KHUSAIRIYAH

SILSILAH PENERIMAAN ILHAM SHOLAWAT KHUSAIRIYAH

Dengan nama AllAh, Yang Maha Pengasih, Yang Maha
Penyayang.
Puji-pujian bagi AllAh, yang telah mengkarurniakan kepada kita
keimanan, serta selawat dan salam ke atas penghulu bagi seluruh
alam, dan ke atas ahli-ahli keluarga dan para sahabat baginda, pada
setiap waktu dan masa. Dan sesudah itu.
Telah diriwayatkan daripada syaikh bagi umat ini, imam bagi
segala imam, penghulu bagi orang-orang yang berpangkat, ketua
bagi segala ketua-ketua waliyullah, pembantu rohani yang teragung,
yang paling mulia di antara orang-orang yang dapat memberikan
perlindungan, Guruku ‘Abdul Qodir al-Jailani, bahwa beliau
telah berkata kepada sesetengah daripada saudara-saudara beliau
pada jalan ALLAH:
Ambillah engkau sekelian selawat ini daripadaku, kerana
sesungguhnya aku telah menerimanya melalui ilham daripada ALLAH

Subhanahu Wa Ta’ala. Kemudian, aku telah mempersembahkannya kepada [roh]
an-Nabi Shollahu ‘alaihi wa sallam. Aku telah berkehendak untuk
bertanya kepada baginda akan kelebihannya (yakni kelebihan bagi
selawat ini). Tetapi baginda telah pun memberitahuku sebelum aku
sempat bertanya kepada baginda, dan baginda telah bersabda
kepadaku:
Sesungguhnya, baginya satu kelebihan yang terlalu agung,
tiada terkira (yakni tiada dapat dihitung akan kelebihannya). Dan
sesungguhnya, ia akan menaikkan si pemiliknya (yakni orang yang
mengamalkan kumpulan selawat ini) ke setinggi-tinggi darjat dan
akan menyampaikannya semua ke inginan nya. Dan sesiapa
yang wasilah dengan sholawat ini akan sesuatu urusan, tidak akan
ditolak urusan itu dengan sia-sia. Dan tidak akan
di kecewakan harapannya. Dan tidak akan ditolak doanya. Dan
sesiapa yang membacanya, walaupun hanya satu kali sahaja,

ataupun dia membawanya, akan diampunkan oleh ALLAH dan juga
bagi sesiapa yang berada di dalam majelis perkumpulanya.
Apabila sampailah ajalnya, akan hadir di sisinya empat orang
malaikat rahmat. Yang pertama akan mencegah syaitan daripada mengganggu pada dirinya. Yang kedua dia menyebut [untuk mengucap] dua
kalimah syahadat. Yang ketiga akan memberinya minum satu gelas
air al-Kauthar. Yang keempat [akan membawa] di tangannya
sebuah talam daripada emas yang dipenuhi dengan buah-buahan
dari Syurga dan akan memberikannya khabar gembira mengenai
tempat tinggalnya di dalam Syurga. Dan dia akan berkata pula
kepadanya, “Khabar gembira untukmu, wahai hamba ALLAH.”
Maka dia pun akan melihat kepadanya (yakni tempat
tinggalnya di dalam Syurga itu) dengan matanya sebelum keluar
rohnya. Dia akan memasuki kuburnya dengan rasa aman sentosa,
sukacita dan bergembira. Tiadalah dia akan merasakan kesunyian
dan tiada pula [dia akan merasakan] kesempitan [kubur]. Dan akan
dibukakan baginya empat puluh pintu daripada rahmat dan yang
seumpamanya daripada cahaya.
Dan apabila dia dibangkitkan pada Hari Kiamat, seorang
malaikat akan memberikan khabar gembira kepadanya dari pihak
kanan, dan dari pihak kiri pula seorang malaikat akan membuatnya
merasa aman sentosa. Dia akan dipakaikan dua helai pakaian [yang
lembut dan indah] dan akan dibawakan kepadanya seekor kuda
yang laju untuk dinaikinya.
Dan tiadalah dia akan merasakan rasa dukacita dan tiada pula
rasa penyesalan. Dan dia akan dihitungkan dengan penghitungan yang mudah (yakni ringan).
Dan ketika dia menyeberangi
Jambatan sirothol mustaqim , Neraka akan berkata kepadanya, “Lalulah engkau
dengan segera, wahai orang yang telah diberikan kemerdekaan oleh
ALLAH. Sesungguhnya, aku telah diharamkan ke atasmu.”
Dan dia akan memasuki Syurga berserta dengan orang-orang
yang terdahulu. Dan akan diberikan kepadanya di dalam Syurga
empat puluh kubah yang diperbuat daripada perak putih. Pada
setiap kubah ada sebuah mahligai yang diperbuat daripada emas.
Pada setiap mahligai ada seratus khemah yang diperbuat daripada
cahaya. Pada setiap khemah ada seratus ranjang (atau sofa) yang
diperbuat daripada kain sutera yang disulami emas. Di atas setiap
katil (atau sofa) ada seorang bidadari, yang telah dijadikan daripada
kewangian yang paling harum dan paras wajah kecantikanya seperti malam bulan purnama (yakni sangat cantik seperti keadaan malam di
mana bulan sedang mengambang penuh tiada dilindungi awan).
Kemudian akan diberikan kepadanya apa yang tiada pernah
dilihat oleh mata, dan yang tiada pernah didengar oleh telinga dan
yang tiada pernah terlintas di hati manusia.”
Menurut satu khabar daripada baginda shollahu ‘alaihi wa
sallam, pada malam baginda dibawa naik kepada Tuhan baginda,
‘Azza wa Jall, telah bertanya ALLAH JALLA JALALU, “Milik siapakah
bumi ini, wahai Muhammad?”
Baginda telah menjawab, “Milikmu, wahai Tuhan.”
Maka Dia telah bertanya lagi, “Milik siapakah seluruh langit
ini, wahai Muhammad?”
Baginda telah menjawab, “Milikmu, wahai Tuhan.”
Maka Dia telah bertanya lagi, “Milik siapakah segala hijab ini,
wahai Muhammad?”
Baginda telah menjawab, “Milikmu, wahai Tuhan.”
Maka Dia telah bertanya lagi, “Milik siapakah al-Kursi ini,
wahai Muhammad?”
Baginda telah menjawab, “Milikmu, wahai Tuhan.”
Maka Dia telah bertanya lagi, “Milik siapakah engkau, wahai
Muhammad?”
Maka ketika itu, telah bersujud Nabi sallahu alaihi wa sallam:
“Sesungguhnya selawat ini adalah bersesuaian dengan hadis
ini. Dan sesungguhnya, ia adalah pembukaan tujuh puluh pintu
rahmat. Dan ia akan mendzohirkan keajaiban-keajaiban dari jalan Surga.
Dan ia adalah lebih baik daripada memerdekakan seribu
jiwa, dan mengorbankan seribu binatang, dan bersedekah seribu
keping uang emas, dan berpuasa seribu bulan.
Di dalamnya ada rahasia yang tersembunyi, dan dengannya
akan menjadi mudah segala rezeki, dan akan menjadi baik akhlaknya,
dan akan terpenuhi hajat-hajat, dan akan dinaikkan beberapa derajat,
dan akan dipadamkan dosa-dosa, dan akan ditutupi segala keaiban,
dan orang yang hina akan di jadikan mulya.”
Dan telah berkata pula penghuluku Makkinuddin (si pengukuh
agama, yakni salah satu daripada nama-nama panggilan bagi asy-
Syaikh ‘Abdul Qodir Al Jailani):
“Tiadalah [patut kumpulan] selawat ini diberikan melainkan
kepada seorang lelaki dewasa yang Sholeh lagi sempurna. Dan ia
(yakni kumpulan selawat ini) sempurna sifatnya dan juga
dikurniakan dengan beberapa Karunia.
Apabila si pemiliknya (yakni orang yang mengamalkan
kumpulan selawat ini) dijadikan berdukacita oleh satu urusan dari
segala urusan, setiap selawat darinya akan menjadi wasilah baginya
di sisi Nabi yang mulia, dan setiap ayat [al-Quran] darinya akan
memberikan syafa‘ah di sisi Penaung Yang Maha Agung.
Ia adalah selawat bagi mereka yang berselawat, dan Ia adalah
Quran bagi mereka yang berdzikir, dan Ia adalah peringatan bagi
mereka yang menerima peringatan, dan Ia adalah wasilah bagi mereka
yang bertawasul. Ia adalah Selawat al-Qur’anul-Karim, dan aku
telah menamakannya Basya’irul-Khairat dan ini lah bacaannya: